Friday 18 December 2009

Panduan asas cara membentuk bulu kening.

Bulu kening atau alis mata yang sepadan dengan bentuk muka boleh menambahkan seri dan kejelitaan wanita .Setiap wanita inginkan bulu kening yang kemas dan cantik.Bulu kening yang tumbuh berselerak di atas dan di bawah garisan semulajadi mata perlu dicabut paling kerap seminggu sekali supaya ia sentiasa kelihatan menarik.Ramai wanita mengangap membentuk bulu kening sesuatu yang remeh.Sebenarnya membentuk bulu kening juga memerlukan teknik dan kaedah yang betul seperti yang diajar di sekolah-sekolah kecantikan.






Bagi wanita yang memiliki kulit sensitif di bahagian kening dan berasa sakit apabila bulu kening dicabut,gunakanlah kaedah lain yang difikirkan sesuai seperti mencukur atau menggunakan benang dan lilin pencabut bulu kening.Tujuannya mengelakkan kulit yang sensitif itu daripada bengkak,luka dan mendapat jangkitan.



Pastikan anda mempunyai cukup peralatan apabila ingin membentuk bulu kening,seperti cermin,penyepit atau pencabut bulu (tweezer),gunting,pencukur,berus kening,kapas dan antiseptik.Anda juga boleh menambah bahan-bahan lain yang difikirkan perlu seperti, losen pelembap,air suam,tisu ,pensil kening dan bekas untuk menyimpan peralatan.






Pastikan anda mengikut urutan membentuk bulu kening yang betul bermula dari bahagian 1,2,3,4 dan 5,seperti pada gambar yang ditunjukkan.Ini bertujuan mempermudahkan anda menyesuaikan bentuk dan saiz bulu kening mengikut kesan yang dikehendaki.Mulakan mencabut di bahagian pangkal dan bawah kening dahulu kemudian menyusul kebahagian atas kening.Lakukan dengan berhati-hati dan tidak perlu terburu-buru.Dengan cara ini kesilapan membentuk dapat dielakkan.Bukan semua wanita memiliki bulu kening yang lebat atau tebal secara semulajadi.Sesetengah wanita hanya memiliki bulu kening yang nipis dan sedikit,maka pensil kening boleh digunakan.






Lazimnya jarak mata yang normal adalah selebar satu biji mata di antara kedua-dua mata.(Lihat gambar di atas)Sekiranya jarak antara kedua biji mata lebih renggang,seeloknya bentukkan kening mata dengan meninggalkan selebar sebiji mata.Ini membolehkan mata kelihatan lebih rapat antara kening.Manakala kedudukan mata yang rapat pula,bentukkan kening mata dengan meninggalkan jarak selebar 1 biji mata di antara keduanya.Untuk mata yang berjarak normal,bentuk bulu kening hendaklah selari dengan saiz mata bagi memberikan kesan yang menarik dan sepadan.







Terdapat 5 jenis bentuk kening yang asas iaitu, kening yang berbentuk normal atau biasa, bentuk serong, bersudut, melengkung dan lurus.Manakala saiz bulu kening pula dikategorikan kepada 3 iaitu,yang tebal, nipis dan sederhana.Membentuk bulu kening hendaklah sesuai dengan bentuk muka, dahi dan juga mata seseorang.Sementara saiz bulu kening hendaklah sepadan dengannya. Adakalanya, saiz bulu kening bergantung kepada kehendak seseorang dan boleh juga dipengaruhi kehendak fesyen terkini.Sebagai contoh sesetengah wanita suka kening yang bersaiz tebal kerana mengikut trend artis kesayangan mereka.





Berikut adalah contoh-contoh padanan antara bentuk muka,dahi dan mata dengan bentuk bulu kening yang sesuai.Muka yang panjang sesuai dengan bentuk kening yang lurus. Muka bulat sesuai dengan bentuk melengkung.Muka segi empat amat sesuai dengan bentuk kening bersudut.Muka segi tiga sesuai dengan bentuk melengkung. Dahi rendah dan sempit sesuai dengan bentuk kening yang melengkung sedikit. Mata yang rapat sesuai dengan bentuk lengkungan yang tinggi dengan jarak di antara kening dilebarkan dan hujungnya dipanjangkan.


Selamat mencuba.

Thursday 10 December 2009

Meredakan kesakitan PMS

Sekiranya anda merasa cepat tersinggung,malas,rimas dan selera makan anda tiba-tiba meningkat,kemungkinan anda mengalami PMS (premenstrual syndrome).Untuk lebih mudah difahami gejala ini selalunya berlaku menjelang menstruasi atau kedatangan haid.Dianggarkan sebanyak 80% daripada golongan wanita mengalami PMS dalam kehidupan mereka.Berikut ada beberapa cara yang boleh membantu anda membebaskan diri dari rasa sakit sepanjang PMS.

1.Minum suplimen kalsium.
Hasil penelitian pakar yang pernah dilakukan terhadap hampir 500 orang penderita PMS telah menemukan bukti bahawa pengambilan kalsium yang tinggi pada setiap hari selama sebulan dapat mengurangi gejala PMS.Kalsium dipercayai dapat meneutral dan menyingkirkan toksik didalam tubuh dan bertindak sebagai antibodi atau sokongan melawan PMS.

2.Hindari kafein.
Pengambilan Kafein yang berlebihan boleh menimbulkan perasaan kurang senang dan mudah tersinggung.Berdasarkan bukti terdahulu,pengambilan kafein secara berlebihan setiap hari menambah risiko menghidap PMS.Kafein dipercayai mampu merangsang aliran darah secara tidak normal ke bahagian otak menyebabkan tekanan,kekejangan otot dan melemahkan sendi-sendi badan.
Hal ini menimbulkan perasaan kurang selesa seterusnya meningkatkan risiko serangan PMS yang lebih serius.Contoh bahan makanan yang tinggi kandungan Kafein ialah kopi.

3.Minum air yang banyak.
Minum air yang banyak membantu tubuh memenuhi keperluan cairan dan menjauhkan dari kembung.Anda disarankan minum paling kurang 10 gelas sehari,selain cairan yang banyak terkandung pada makanan seperti buah-buahan,sayuran dan susu.
Air yang banyak juga diperlukan bagi mengawal suhu badan dan pencernaan.

4.Makan makanan yang mengandungi karbohidrat.
Karbohidrat diperlukan bagi menambah imuniti tubuh melawan penyakit.Semua jenis roti,pasta,buah-buahan serta sayuran dapat meningkatkan sari atau intipati seperti zat dan vitamin yang memiliki pengaruh terhadap ketenangan.Wanita yang berdiet ketat dan kekurangan karbohidrat dan protein lebih mudah diserang PMS.

5.Olahraga secara teratur.
Olahraga menyebabkan badan kita mengeluarkan haba yang dapat mengurangi keletihan.Olahraga selama 30 minit setiap hari mampu mengurangi gejala PMS.

6.Mandi air suam.
Mandi air suam akan meningatkan aliran darah ke daerah pelviks,membuat otot-otot menjadi lebih rileks dan menghindari dari kekejangan.Selain itu, aromaterapi juga boleh dilakukan dengan menambahkan beberapa titis minyak aromaterapi kedalam air mandian.
Bagi mewujudkan suasana yang lebih baik dan tenang anda boleh mengunjungi pusat rawatan spa yang menawarkan kaedah-kaedah rawatan yang telah terbukti berkesan menangani masalah stres atau tekanan.

7.Berehat.
Melakukan senaman pernafasan,kaedah yoga atau terapi massage mampu membantu mengurangi gejala emosi PMS.Pusat rawatan kecantikan biasanya ada menawarkan rawatan seperti facial,body massage,reflexology,sauna dan sebagainya yang bertujuan baik untuk kesihatan.Luangkan sedikit masa untuk diri anda sendiri.Sebaiknya tunda segala kerja yang tidak penting dan hindari sebarang konflik menjelang menstruasi atau haid.

Wednesday 9 December 2009

5 tips kekal cantik dari Marsha.

Untuk kekal cantik Marsha mencadangkan 5 tips secara relatif dan seharusnya tidak diabaikan begitu sahaja.Tips yang mudah kita ikuti atau amalkan.

1.Banyakkan minum air
2.Bersenam
3.Makan makanan berkhasiat dan kurangkan makan malam.
4.Makan buah-buahan
5.Sentiasa tersenyum

Friday 4 December 2009

Amalan-amalan terbaik untuk menjaga kesihatan kulit.

Kulit wajah kita sentiasa terdedah kepada pelbagai risiko dari unsur alam persekitaran seperti bahan kimia, angin, asap rokok dan suhu yang boleh menjejaskan kesihatan kulit dan mendatangkan banyak masalah . Kesannya,kulit menjadi kering dan keanjalannya merosot. Ia mungkin juga retak atau mulai mengelupas dan menyebabkan tekstur serta warna kulit menjadi tidak rata atau seimbang.


Masalah kulit juga boleh disebabkan kekurangan perlindungan oleh pelembap-pelembap semula jadi yang wujud di antara lapisan-lapisan kulit. Kekurangan bahan pelembap ini boleh menjejaskan kualiti kesihatan kulit .Anda sepatutnya berhati-hati kerana membasuh muka anda terlalu kerap juga boleh membunuh pelembap-pelembap semulajadi itu terus daripada permukaan kulit menyebabkan ia terasa kering dan menjengkelkan.


Pastikan apabila anda membasuh muka anda, elakkan menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang keras sebaliknya gunakanlah sabun daripada bahan-bahan semulajadi. Pastikan anda melindungi muka anda apabila cuaca sangat kering, sejuk atau panas dan pastikan juga diet anda mempunyai banyak omega lemak didalamnya supaya kulit anda mempunyai cukup kelembapan sebagai pelindung.


Sifat atau amalan , juga banyak mempengaruhi kesihatan kulit.Membiasakan diri menanam sifat yang positif dalam penjagaan kulit amatlah digalakkan.Jika muka anda sentiasa terdedah kepada panas terik,pastikan anda menggunakan satu bahan pelembap semula jadi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.


Setiap pagi selepas anda membasuh muka pastikan wajah anda mempunyai cukup pelembap sebelum mengenakan mekap . Pada sebelah petang pula pastikan anda menggunakan krim yang mengandungi bahan yang kaya dengan pelembap.Elakkan daripada menggunakan haruman yang bukan daripada bahan semulajadi yang sangat tinggi kandungan alkohol atau menggunakan bahan pendandan rambut yang boleh menjejaskan kesihatan kulit. Jenis seperti ini sangat tonik dan boleh mengganggu keseimbangan kulit anda membuatnya berkeadaan lebih teruk. Menggunakan bahan pelembap muka yang tinggi kandungan minyak mineral didalamnya sebelum tidur pada waktu malam boleh membantu kulit anda menyimpan lembapan terkunci.


Elakkan diri anda daripada menggunaan sehelai tuala kasar dan mengerutu . Sebaliknya gunakanlah tuala kecil yang lembut dan keringkan kulit anda dengan perlahan dan lembut sesudah anda siap mengenakan pelembap muka.Akhir sekali gunakanlah air suam dan jangan terlalu panas untuk membasuh muka.