Sunday 22 November 2009

Faedah rawatan facial

Wanita perlu menjaga kesihatan kulit muka agar sentiasa nampak muda jelita.Bagi wanita yang mengutamakan kecantikan, tentu mahu memelihara seri wajah agar nampak sentiasa muda, menawan dan ceria. Ada banyak element yang boleh memudaratkan kesihatan kulit seperti pancaran matahari, asap, habuk dan rutin seharian yang secara tidak langsung menjejaskan kesihatan kulit tanpa kita sedari. Ini menyebabkan kulit muka menjadi gelap,berbintik dan mula berkedut. Rawatan facial menawarkan peluang mendapatkan khidmat juru kecantikan bagi memperbaiki tahap kesihatan kulit muka dengan lebih teliti dan berkesan, berbeza dengan cara yang biasa kita lakukan di rumah
.Kaedah dan bahan yang digunakan menjamin keberkesanan rawatan ini. Selain itu facial juga menawarkan teknik rawatan yang selesa, urutan muka dan mampu menenangkan minda anda..

Bilakah kali terakhir anda membuat rawatan facial?

Facial adalah rawatan kulit untuk muka, umumnya dilakukan oleh juru kecantikan(Aestheticians) yang bertauliah.Ia bertujuan merawat,memulihkan dan mengekalkan kualiti kulit.Rawatan facial termasuklah analisa kulit, diikuti siri-siri pembersihan seperti pengelupasan(exfoliation), urutan muka, rawatan stim,rawatan menggunakan Facial Machine dan krim atau bahan pencerah kulit.

Facial bukan sahaja berfaedah untuk kulit muka, bahkan banyak lagi faedah kesihatan lain. Bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan facial mampu menyerap jauh ke dalam kulit, menanggalkan kotoran melekat dan jeragat, mengandungi vitamin sebagai anti kedutan dan melambatkan penuaan, mencerahkan warna kulit, anti oksida, memperbaharui sel-sel kulit yang mati dan merawat kulit yang bermasalah. Facial juga melibatkan urutan muka bagi melancarkan aliran darah dan membantu menenangkan otot di bahagian muka dan kepala.

Saturday 21 November 2009

Body massage, terapi minda dan tubuh.

Body Massage atau urutan badan amat berfaedah untuk kesihatan tubuh wanita.Sebagai seorang wanita kita sering mengalami gangguan emosi dan mudah mendapat stres, lebih-lebih lagi semasa kedatangan haid, menyebabkan aliran oksigen dan tekanan darah tidak normal.Gejala ini menyebabkan emosi sangat sensitif atau mudah marah.

Body Massage Therapy boleh membantu melancarkan aliran oksigen dan darah di bahagian dalam tubuh.Aliran oksigen dan darah dipengaruhi oleh tekanan perasaan dan kesihatan mental seseorang.Tekanan mental ini boleh berlaku semasa kita menjalani kehidupan yang ketat tanpa rehat yang cukup.Masalah ini boleh melemahkan fungsi setiap organ pada tubuh kita dan seterusnya menganggu aliran oksigen dalam darah, menyebabkan otot badan terasa sakit,sengal,kekejangan,letih dan rasa tubuh yang berat.Hal tersebut bukan sahaja meningkatkan risiko kecederaan otot bahkan menyumbang kepada masalah tulang yang serius dan menggalakkan penyakit-penyakit lain yang berkaitan sehingga boleh memudaratkan kesihatan.

Body Massage menggunakan kaedah yang betul dan selamat dapat meningkatkan tahap kecergasan,menenangkan otot di bahagian tubuh,melancarkan aliran oksigen dalam darah,memulihkan penyakit,menganjalkan kulit,membantu sistem pernafasan dan penghadaman, menurunkan tekanan darah ,seterusnya meningkatkan kualiti kesihatan.

Setiap orang berhak mengalami pengalaman ini.Body Massage bukan sekadar untuk kesihatan jasmani tetapi juga untuk kesihatan mental dan ketenangan perasaan.Setiap wanita pasti mahu merehatkan minda. Terapi ini pasti berkesan.

Friday 20 November 2009

Resdung dan kaedah rawatan herba menggunakan lilin resdung

Resdung atau Sinusitis, sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus merupakan rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diselaputi mukosa iaitu kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus. Resdung dikatakan berpunca daripada alahan terhadap habuk, pijat, kutu atau makanan tertentu.


Penghidap resdung biasanya mengalami simpton sinusitis seperti,hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus,hidung tersumbat,hidung selalu berdarah dan bernanah,jerawat di belakang badan,rambut gugur dan berkelemumur,sakit kepala,keletihan dan badan rasa kurang sihat,batuk kronik,gatal-gatal dan kerap bersin terutamanya pada waktu pagi,mata sering berair dan muka terasa gatal dan tumbuh jerawat bernanah.

    Face candling
| Terapi ini menawarkan rawatan menggunakan kaedah bakar hama resdung di sekitar hidung dan dahi menggunakan lilin herba resdung,kemudian disusuli dengan rawatan Facial Resdung.Kaedah rawatan ini baik untuk kesihatan kulit,membasmi kuman dan jerawat, merawat saluran pernafasan tersumbat dan mengurangkan tahap risiko penyakit.Walaubagaimanapun, tiada jaminan pesakit akan sembuh sepenuhnya kerana ia bergantung kepada tahap jangkitan penyakit dan antibodi seseorang. Berdasarkan kes-kes terdahulu, pesakit boleh bernafas dengan lebih baik dan selesa selepas menerima rawatan.Manakala pesakit yang kronik perlu mendapatkan rawatan susulan atau mencuba kaedah lain dengan berpandukan nasihat Doktor.

Sekiranya berminat, anda boleh mencuba kaedah rawatan resdung ini dan alami sendiri hasil dan keberkesanannya.Penyakit resdung yang tidak dibendung sejak dari awal lagi boleh memudaratkan kesihatan.

Thursday 19 November 2009

Rawatan kaki meningkatkan kualiti kesihatan tubuh.

Memelihara kesihatan kaki amat penting bagi wanita. Kaum wanita lebih berisiko berbanding kaum lelaki berhubung masalah penjagaan kaki.Ini di sebabkan jenis kasut yang selalu digunakan oleh kaum wanita lebih berisiko mengakibatkan kesakitan dan kecederaan. Masalah kesakitan di bahagian kaki ini selalunya kurang diambil berat berbanding organ tubuh yang lain.Kita seringkali lupa sebenarnya kesakitan di bahagian tubuh berpunca dari masalah pada bahagian kaki.

Banyak kaedah rawatan berlainan yang wujud berkaitan urutan kaki. Kaedah Urutan Kaki atau Foot Massage adalah cara terbaik membantu mengawal keseimbangan tubuh dan melancarkan aliran darah yang membantu fungsi setiap organ pada tubuh manusia.Berdasarkan kes-kes terdahulu, mereka yang pernah mendapatkan rawatan ini, merasa segar dan selesa selepas menerima rawatan.Memelihara kesihatan kaki sebenarkan membantu kita memelihara kesihatan tubuh secara keseluruhan dengan lebih berkesan.

Kaedah lain yang memberikan kesan baik selain kaedah urutan dipanggil ‘Reflexology’, iaitu dengan mengenakan tekanan keatas bahagian tertentu di telapak kaki yang dipanggil 'Reflex point'. Kaedah ini telah terbukti berkesan dalam rawatan pemulihan tubuh yang dilakukan oleh pakar reflexology yang berpengalaman.

Foot Massage dan Reflexology adalah dua kaedah rawatan yang berbeza.Reflexology melibatkan tekanan dan urutan pada point-point tertentu di telapak kaki dan tangan, sedangkan Foot Massage lebih bersifat menenangkan dan melegakan bahagian kaki dengan cara urutan yang berbeza.Anda boleh mencuba kaedah rawatan ini untuk memahaminya dengan lebih lanjut.