Thursday 10 December 2009

Meredakan kesakitan PMS

Sekiranya anda merasa cepat tersinggung,malas,rimas dan selera makan anda tiba-tiba meningkat,kemungkinan anda mengalami PMS (premenstrual syndrome).Untuk lebih mudah difahami gejala ini selalunya berlaku menjelang menstruasi atau kedatangan haid.Dianggarkan sebanyak 80% daripada golongan wanita mengalami PMS dalam kehidupan mereka.Berikut ada beberapa cara yang boleh membantu anda membebaskan diri dari rasa sakit sepanjang PMS.

1.Minum suplimen kalsium.
Hasil penelitian pakar yang pernah dilakukan terhadap hampir 500 orang penderita PMS telah menemukan bukti bahawa pengambilan kalsium yang tinggi pada setiap hari selama sebulan dapat mengurangi gejala PMS.Kalsium dipercayai dapat meneutral dan menyingkirkan toksik didalam tubuh dan bertindak sebagai antibodi atau sokongan melawan PMS.

2.Hindari kafein.
Pengambilan Kafein yang berlebihan boleh menimbulkan perasaan kurang senang dan mudah tersinggung.Berdasarkan bukti terdahulu,pengambilan kafein secara berlebihan setiap hari menambah risiko menghidap PMS.Kafein dipercayai mampu merangsang aliran darah secara tidak normal ke bahagian otak menyebabkan tekanan,kekejangan otot dan melemahkan sendi-sendi badan.
Hal ini menimbulkan perasaan kurang selesa seterusnya meningkatkan risiko serangan PMS yang lebih serius.Contoh bahan makanan yang tinggi kandungan Kafein ialah kopi.

3.Minum air yang banyak.
Minum air yang banyak membantu tubuh memenuhi keperluan cairan dan menjauhkan dari kembung.Anda disarankan minum paling kurang 10 gelas sehari,selain cairan yang banyak terkandung pada makanan seperti buah-buahan,sayuran dan susu.
Air yang banyak juga diperlukan bagi mengawal suhu badan dan pencernaan.

4.Makan makanan yang mengandungi karbohidrat.
Karbohidrat diperlukan bagi menambah imuniti tubuh melawan penyakit.Semua jenis roti,pasta,buah-buahan serta sayuran dapat meningkatkan sari atau intipati seperti zat dan vitamin yang memiliki pengaruh terhadap ketenangan.Wanita yang berdiet ketat dan kekurangan karbohidrat dan protein lebih mudah diserang PMS.

5.Olahraga secara teratur.
Olahraga menyebabkan badan kita mengeluarkan haba yang dapat mengurangi keletihan.Olahraga selama 30 minit setiap hari mampu mengurangi gejala PMS.

6.Mandi air suam.
Mandi air suam akan meningatkan aliran darah ke daerah pelviks,membuat otot-otot menjadi lebih rileks dan menghindari dari kekejangan.Selain itu, aromaterapi juga boleh dilakukan dengan menambahkan beberapa titis minyak aromaterapi kedalam air mandian.
Bagi mewujudkan suasana yang lebih baik dan tenang anda boleh mengunjungi pusat rawatan spa yang menawarkan kaedah-kaedah rawatan yang telah terbukti berkesan menangani masalah stres atau tekanan.

7.Berehat.
Melakukan senaman pernafasan,kaedah yoga atau terapi massage mampu membantu mengurangi gejala emosi PMS.Pusat rawatan kecantikan biasanya ada menawarkan rawatan seperti facial,body massage,reflexology,sauna dan sebagainya yang bertujuan baik untuk kesihatan.Luangkan sedikit masa untuk diri anda sendiri.Sebaiknya tunda segala kerja yang tidak penting dan hindari sebarang konflik menjelang menstruasi atau haid.

No comments: