Saturday 16 January 2010

Rawatan Sauna (Portable Home Sauna).



Rawatan sauna atau mandi wap panas merupakan gabungan kaedah rawatan tradisional dan moden.Rawatan ini berkesan untuk menurunkan berat badan dan memelihara kesihatan anda secara semulajadi.Wap panas dihasilkan melalui periuk pemanas atau pemanas infrared.Biasanya wap yang dihasilkan mengandungi campuran herba dan bahan-bahan aromaterapi.

Proses bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan dan melancarkan peredaran darah serta merangsang proses pengeluaran peluh menyebabkan setiap anggota badan kita bersenam secara selamat sambil istirehat.Tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah, maka setiap kali badan kita mengeluarkan tenaga ia akan membakar kalori pada tubuh.Semasa bersauna kalori akan membakar 700 – 1000kj setiap sesi.Bersauna merupakan cara mudah,selamat dan berkesan untuk membakar lemak dan menurunkan berat badan.Untuk melihat kesan yang lebih mujarab,anda perlu bersauna sehingga sesi yang ke 6 – 12 kali dan 15 – 20 minit setiap sesi.Kesan yang baik juga bergantung kepada disiplin pemakanan anda seharian.

 Penurunan berat badan bukan kerana wap panas tetapi kerana proses pengeluaran peluh dan peredaran darah semasa bersauna.Oleh sebab itu selepas bersauna anda akan rasa jantung bergerak pantas dan berasa seperti baru lepas bersenam dan anda akan berasa lebih segar,tenang dan ringan.Bersauna bukan sahaja mengeluarkan peluh tetapi ia mengeluarkan toksik-toksik dan garam-garam buangan yang tidak diperlukan serta lain-lain kotoran dalaman yang terhasil daripada makanan yang jika berada lama dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit senyap seperti, kanser,darah tinggi,kencing manis,serangan jantung dan sebagainya.Semasa sesi bersauna dianjurkan meminum banyak air sebelum dan selepas sesi bagi memudahkan pengeluaran toksik-toksik di dalam tubuh.

Sauna tidak boleh dilakukan sekiranya anda mengalami masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, buah pinggang dan lain-lain penyakit kronik.Kanak-kanak dibawah umur 10 tahun dan wanita mengandung juga tidak dibenarkan.Kanak-kanak yang lebih dewasa dan mengalami masalah berat badan perlu pengawasan daripada ibubapa sekiranya ingin bersauna.Sebaiknya sila dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu sebelum bersauna.

Ear Candling (Terapi lilin telinga).



Kaedah rawatan ini dipercayai berasal dari Amerika Selatan dan diamalkan oleh suku kaum asli Indian. Ia juga dikenali di India kuno,Tibet dan budaya Aztec.Kaedah rawatan ini menggunakan lilin herba yang dihasilkan daripada bahan-bahan herba terpilih khusus untuk rawatan, seperti madu lebah asli,kulit kayu manis dan herba tradisi Cina yang dipercayai dapat memberikan ketenangan,merehatkan minda dan menyembuhkan penyakit.

Pelanggan yang menjalani rawatan ini perlu berbaring dalam posisi mengiring.Bahagian lilin yang runcing dimasukkan ke lubang telinga dan bahagian pangkalnya dibakar.Terapi ini juga dipanggil terapi pembersihan kerana selain mengeluarkan toksin, kotoran yang terletak jauh di dalam telinga juga diserap keluar.Bau yang terhasil daripada asap lilin berkenaan juga dipercayai dapat membantu melancarkan peredaran darah, pernafasan dan membuang angin dalam badan.Api dan asap itu akan menarik segala kotoran dan toksin di dalam telinga.

Apabila lilin herba dibakar tekanan udara di pangkal lilin menjadi rendah dan asap dari pembakaran masuk keseluruh ruang telinga.Dalam waktu tertentu asap di dalam rongga telinga akan keluar sambil membawa partikal-partikal,wax atau kotoran telinga dan bacteria.Partikal-partikal ini kemudian terkumpul pada sisa lilin yang tidak dibakar.Kotoran-kotoran tersebut disedut secara osmosis kerana adanya perbezaan tekanan pada rongga telinga dan di luar telinga.

Berdasarkan bukti-bukti terdahulu, kaedah rawatan ini dapat membantu membersihkan kotoran-kotoran dari dalam telinga,menyembuhkan penyakit seperti radang pada telinga,sakit kepala kronik,migrain,alergi,masalah-masalah pendengaran,sinusitis (infeksi di rongga hidung),dan insomania (masalah sukar tidur).

Guasa Facial (Rawatan muka Guasa).



Sekiranya anda ingin kelihatan  lebih muda dan mahu mengekalkan kecantikan kulit anda, cubalah kaedah rawatan muka Guasa atau lebih dikenali sebagai Guasa Facial. Rawatan Guasa merupakan kaedah perubatan Cina tradisional dan telah digunakan sejak 3000 tahun dahulu di Negara China. ‘Gua’ juga bermaksud mengikis atau mengosok.Alat yang biasa digunakan untuk membuat rawatan seperti, batu licin, batu jed, tanduk, gading dan sebagainya yang direka khusus untuk rawatan muka atau badan.

Dengan menggunakan teknik rawatan facial, batu guasa ditolak kebahagian otot-otot yang keletihan, merangsang kembali peredaran darah di bahagian kulit sekaligus menyingkirkan toksik-toksik yang terperangkap pada kulit.Kaedah rawatan ini juga selain mengatasi masalah aliran darah beku ia dipercayai mampu meningkatkan keupayaan pembentukan sel-sel kulit yang baru. Hasilnya kulit sentiasa lebih muda dan mampu menyerap kelembapan yang diperlukan dengan cepat. Dengan itu  ia turut membantu kulit menyerap produk-produk rawatan facial yang dikenakan terus semasa proses rawatan atau sesudah rawatan seperti collagen,vitamin-C,protein,herba dan sebagainya.

Relatifnya kebaikan Facial Guasa, menyingkirkan kulit-kulit mati secara efektif,merangsang aliran darah,menghilangkan kedutan, mengurangkan kesan mata lebam (Puffy eyes atau Eye bags),mencerahkan warna kulit,mengecilkan liang-liang kulit (Skin pores), menyerikan wajah dan memperbaiki kualiti kesihatan kulit..Anda tidak boleh menghalang proses penuaan dan kedutan.Tetapi anda boleh berbuat sesuatu sekarang untuk menghalang proses ini berlaku dengan pantas.