Thursday 19 November 2009

Rawatan kaki meningkatkan kualiti kesihatan tubuh.

Memelihara kesihatan kaki amat penting bagi wanita. Kaum wanita lebih berisiko berbanding kaum lelaki berhubung masalah penjagaan kaki.Ini di sebabkan jenis kasut yang selalu digunakan oleh kaum wanita lebih berisiko mengakibatkan kesakitan dan kecederaan. Masalah kesakitan di bahagian kaki ini selalunya kurang diambil berat berbanding organ tubuh yang lain.Kita seringkali lupa sebenarnya kesakitan di bahagian tubuh berpunca dari masalah pada bahagian kaki.

Banyak kaedah rawatan berlainan yang wujud berkaitan urutan kaki. Kaedah Urutan Kaki atau Foot Massage adalah cara terbaik membantu mengawal keseimbangan tubuh dan melancarkan aliran darah yang membantu fungsi setiap organ pada tubuh manusia.Berdasarkan kes-kes terdahulu, mereka yang pernah mendapatkan rawatan ini, merasa segar dan selesa selepas menerima rawatan.Memelihara kesihatan kaki sebenarkan membantu kita memelihara kesihatan tubuh secara keseluruhan dengan lebih berkesan.

Kaedah lain yang memberikan kesan baik selain kaedah urutan dipanggil ‘Reflexology’, iaitu dengan mengenakan tekanan keatas bahagian tertentu di telapak kaki yang dipanggil 'Reflex point'. Kaedah ini telah terbukti berkesan dalam rawatan pemulihan tubuh yang dilakukan oleh pakar reflexology yang berpengalaman.

Foot Massage dan Reflexology adalah dua kaedah rawatan yang berbeza.Reflexology melibatkan tekanan dan urutan pada point-point tertentu di telapak kaki dan tangan, sedangkan Foot Massage lebih bersifat menenangkan dan melegakan bahagian kaki dengan cara urutan yang berbeza.Anda boleh mencuba kaedah rawatan ini untuk memahaminya dengan lebih lanjut.

No comments: