Friday 20 November 2009

Resdung dan kaedah rawatan herba menggunakan lilin resdung

Resdung atau Sinusitis, sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus merupakan rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diselaputi mukosa iaitu kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus. Resdung dikatakan berpunca daripada alahan terhadap habuk, pijat, kutu atau makanan tertentu.


Penghidap resdung biasanya mengalami simpton sinusitis seperti,hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus,hidung tersumbat,hidung selalu berdarah dan bernanah,jerawat di belakang badan,rambut gugur dan berkelemumur,sakit kepala,keletihan dan badan rasa kurang sihat,batuk kronik,gatal-gatal dan kerap bersin terutamanya pada waktu pagi,mata sering berair dan muka terasa gatal dan tumbuh jerawat bernanah.

    Face candling
| Terapi ini menawarkan rawatan menggunakan kaedah bakar hama resdung di sekitar hidung dan dahi menggunakan lilin herba resdung,kemudian disusuli dengan rawatan Facial Resdung.Kaedah rawatan ini baik untuk kesihatan kulit,membasmi kuman dan jerawat, merawat saluran pernafasan tersumbat dan mengurangkan tahap risiko penyakit.Walaubagaimanapun, tiada jaminan pesakit akan sembuh sepenuhnya kerana ia bergantung kepada tahap jangkitan penyakit dan antibodi seseorang. Berdasarkan kes-kes terdahulu, pesakit boleh bernafas dengan lebih baik dan selesa selepas menerima rawatan.Manakala pesakit yang kronik perlu mendapatkan rawatan susulan atau mencuba kaedah lain dengan berpandukan nasihat Doktor.

Sekiranya berminat, anda boleh mencuba kaedah rawatan resdung ini dan alami sendiri hasil dan keberkesanannya.Penyakit resdung yang tidak dibendung sejak dari awal lagi boleh memudaratkan kesihatan.

1 comment:

Angin Selat Melaka said...

Assalamualaikum...
I boleh beri jalan untuk sesiapa yang nak cuba try ubati penyakit ni. Kalau u nak try guna lilin resdung (atau juga dikenali sebagai 'rokok resdung'), I ada jumpa site yg tawarkan produk tu. I dah pernah beli dari situ. Produk dia ok. Kemas dan puas hati (saiz standard besar). Kat sini hah:

Lilin resdung

atau u boleh cuba dengan website satu lagi ni - info dan cara banterasnya lengkap terperinci. Byk knowledge boleh dapat di situ:

rawatan resdung

Semoga berjaya.