Saturday 16 January 2010

Rawatan Sauna (Portable Home Sauna).



Rawatan sauna atau mandi wap panas merupakan gabungan kaedah rawatan tradisional dan moden.Rawatan ini berkesan untuk menurunkan berat badan dan memelihara kesihatan anda secara semulajadi.Wap panas dihasilkan melalui periuk pemanas atau pemanas infrared.Biasanya wap yang dihasilkan mengandungi campuran herba dan bahan-bahan aromaterapi.

Proses bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan dan melancarkan peredaran darah serta merangsang proses pengeluaran peluh menyebabkan setiap anggota badan kita bersenam secara selamat sambil istirehat.Tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah, maka setiap kali badan kita mengeluarkan tenaga ia akan membakar kalori pada tubuh.Semasa bersauna kalori akan membakar 700 – 1000kj setiap sesi.Bersauna merupakan cara mudah,selamat dan berkesan untuk membakar lemak dan menurunkan berat badan.Untuk melihat kesan yang lebih mujarab,anda perlu bersauna sehingga sesi yang ke 6 – 12 kali dan 15 – 20 minit setiap sesi.Kesan yang baik juga bergantung kepada disiplin pemakanan anda seharian.

 Penurunan berat badan bukan kerana wap panas tetapi kerana proses pengeluaran peluh dan peredaran darah semasa bersauna.Oleh sebab itu selepas bersauna anda akan rasa jantung bergerak pantas dan berasa seperti baru lepas bersenam dan anda akan berasa lebih segar,tenang dan ringan.Bersauna bukan sahaja mengeluarkan peluh tetapi ia mengeluarkan toksik-toksik dan garam-garam buangan yang tidak diperlukan serta lain-lain kotoran dalaman yang terhasil daripada makanan yang jika berada lama dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit senyap seperti, kanser,darah tinggi,kencing manis,serangan jantung dan sebagainya.Semasa sesi bersauna dianjurkan meminum banyak air sebelum dan selepas sesi bagi memudahkan pengeluaran toksik-toksik di dalam tubuh.

Sauna tidak boleh dilakukan sekiranya anda mengalami masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, buah pinggang dan lain-lain penyakit kronik.Kanak-kanak dibawah umur 10 tahun dan wanita mengandung juga tidak dibenarkan.Kanak-kanak yang lebih dewasa dan mengalami masalah berat badan perlu pengawasan daripada ibubapa sekiranya ingin bersauna.Sebaiknya sila dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu sebelum bersauna.

No comments: