Saturday 16 January 2010

Ear Candling (Terapi lilin telinga).



Kaedah rawatan ini dipercayai berasal dari Amerika Selatan dan diamalkan oleh suku kaum asli Indian. Ia juga dikenali di India kuno,Tibet dan budaya Aztec.Kaedah rawatan ini menggunakan lilin herba yang dihasilkan daripada bahan-bahan herba terpilih khusus untuk rawatan, seperti madu lebah asli,kulit kayu manis dan herba tradisi Cina yang dipercayai dapat memberikan ketenangan,merehatkan minda dan menyembuhkan penyakit.

Pelanggan yang menjalani rawatan ini perlu berbaring dalam posisi mengiring.Bahagian lilin yang runcing dimasukkan ke lubang telinga dan bahagian pangkalnya dibakar.Terapi ini juga dipanggil terapi pembersihan kerana selain mengeluarkan toksin, kotoran yang terletak jauh di dalam telinga juga diserap keluar.Bau yang terhasil daripada asap lilin berkenaan juga dipercayai dapat membantu melancarkan peredaran darah, pernafasan dan membuang angin dalam badan.Api dan asap itu akan menarik segala kotoran dan toksin di dalam telinga.

Apabila lilin herba dibakar tekanan udara di pangkal lilin menjadi rendah dan asap dari pembakaran masuk keseluruh ruang telinga.Dalam waktu tertentu asap di dalam rongga telinga akan keluar sambil membawa partikal-partikal,wax atau kotoran telinga dan bacteria.Partikal-partikal ini kemudian terkumpul pada sisa lilin yang tidak dibakar.Kotoran-kotoran tersebut disedut secara osmosis kerana adanya perbezaan tekanan pada rongga telinga dan di luar telinga.

Berdasarkan bukti-bukti terdahulu, kaedah rawatan ini dapat membantu membersihkan kotoran-kotoran dari dalam telinga,menyembuhkan penyakit seperti radang pada telinga,sakit kepala kronik,migrain,alergi,masalah-masalah pendengaran,sinusitis (infeksi di rongga hidung),dan insomania (masalah sukar tidur).

No comments: