Sekiranya anda ingin kelihatan lebih muda dan mahu mengekalkan kecantikan kulit anda, cubalah kaedah rawatan muka Guasa atau lebih dikenali sebagai Guasa Facial. Rawatan Guasa merupakan kaedah perubatan Cina tradisional dan telah digunakan sejak 3000 tahun dahulu di Negara China . ‘Gua’ juga bermaksud mengikis atau mengosok.Alat yang biasa digunakan untuk membuat rawatan seperti, batu licin, batu jed, tanduk, gading dan sebagainya yang direka khusus untuk rawatan muka atau badan.
Dengan menggunakan teknik rawatan facial, batu guasa ditolak kebahagian otot-otot yang keletihan, merangsang kembali peredaran darah di bahagian kulit sekaligus menyingkirkan toksik-toksik yang terperangkap pada kulit.Kaedah rawatan ini juga selain mengatasi masalah aliran darah beku ia dipercayai mampu meningkatkan keupayaan pembentukan sel-sel kulit yang baru. Hasilnya kulit sentiasa lebih muda dan mampu menyerap kelembapan yang diperlukan dengan cepat. Dengan itu ia turut membantu kulit menyerap produk-produk rawatan facial yang dikenakan terus semasa proses rawatan atau sesudah rawatan seperti collagen,vitamin-C,protein,herba dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment